Khamis, 21 Mac 2013

Halatuju akademik

Hari ini mungkin menjadi sejarah buat sesetengah daripada calon-calon SPM. Ada yang mencipta sejarah manis, tidak kurang pula yang menjadi sejarah hitam, manakala sebahagian lagi tidak memberi apa-apa makna buatnya dan keluarganya.
Apabila hajat dan cita-citanya tercapai maka tercipta sejarah manis, diraikan bersama ahli keluarga, jika tidak akan menjadi sejarah hitam atau mungkin kelabu sahaja. Yang paling menarik ialah yang sebahagian lagi itu, apapun keputusan SPMnya, tidak menjadi apa-apa bagi diri dan keluarganya, lulus atau tidak, tidak diketahui untuk apa.
Yang pasti, hari ini akan dapat dilihat pelbagai reaksi muka calon-calon SPM 2012, suka, duka, kecewa, selamba. Ada dua cerita yang pernah saya dengar: pertama, seorang pelajar perempuan bersama ibunya menangis beriya, kerana mendpat keputusan 8A1 dan 1A2 kerana matlamatnya untuk mendapat 9A1; manakala yang kedua pula, seorang murid lelaki, selamba je, apabila ditanya guru kelasnya apakah keputusannya, jawabnya semuanya Lulus 8. Persoalannya, apakah rahsia yang terselindung di sebalik wajah anak murid ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan