Sabtu, 20 Oktober 2012

TV9 Berhati-hatilah

Seperti biasa hari ini Sabtu 20 Okt 2012, selepas berita jam 8.00 malam TV9 menunjukkan klip dua orang pemain gitar terlenggok-lenggok memetik gitar. Suatu yang negatif di lihat dari sudut pengaruhnya kepada generasi muda terutama anak-anak di sekolah rendah.
Misalnya, anak saudara saya seorang pelajar perempuan yang baru sahaja di Tingkatan 1, memberi tahu bahawa dia ingin mengambil kursus bermain gitar. Sebaik sahaja dia memeritahu saya, lantas teringat tentang klip yang saya maksudkan itu. Namun, saya tidak pula hendak mengatakan bahawa ini adalah kesan klip bekenaan, namun tidaklah mustahil.
Sebenarnya sudah lama saya perhatikan sambil mengharapkan agar semua pihak termasuk TV9 sendiri sedar kesan tidak baiknya.
Satu pertanyaan kepada pihak-pihak di TV9 itu, apakah tujuan dipaparkan klip tersebut. Jika iklan, iklan apa? Apakah itu sebagai moto TV9? Jika benar, inilah yang dikesalkan. Seolah-olah dah tidak ada elemen lain yang lebih baik, seperti elemen patriotik, kebangsaan, mahupun keagamaan dan sebagainya, yang boleh dijadikan moto. Di mana diletakkan Rukun Negara kita! Tidak adakah elemen darinya yang boleh digunakan? Tidak adakah pegawai yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti ini?
Cikgu-cikgu, apakah pandangan tuan-puan? Apakah cikgu lihat itu tidak jadi kudis dalam dunia pendidikan? Bagi saya ini memang tidak wajar sama sekali. Jadi kepada pihak pengurusan TV9, berhentikanlah segera klip ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan