Selasa, 16 Oktober 2012

Telur vs telor

Telur atau telor? Ini satu masalah yang sering kita jumpa dalam penulisan bahasa anak-anak didik kita. Ejaan yang simpel begini sepatutnya tidak berlaku lagi sekiranya anak-anak didik kita mempunyai kefahaman secara berformula. Sejak penggunaan ejaan baku dulu, ini yang menjadi masalah kerana kita sudah tidak mempunyai dua jenis e iaitu e biasa dan e pepet. Sebelum penggunaan bahasa baku dulu, tidak timbul masalah ini kerana antara e dengan e pepet itu memang mempunyai sebutan bunyi yang jelas, jadi untuk telur digunakan e pepet, manakala untuk telor digunakan e biasa. Sistem ejaan begini boleh diformulakan dengan membezakan antara kedua-dua e tersebut.
berbeza pula halnya dengan ejaan perabot, yang menghendaki murid kita mengingat, tidak boleh diformulakan. Misalnya, bagaimana guru hendak menjelaskan untuk ejaan cabut dengan perabot, sama ada hendak digunakan u atau o? Satu-satunya cara ialah dengan mengingat sahaja.
Saya pernah menjadi guru ganti di sekolah rendah, saya dapati anak-anak kita seperti tidak digalakkan mempunyai kamus. Jadi bila timbul masalah begini, mereka tidak ada sumber rujukan untuk mendapat ejaan yang betul, selain gurunya. Saya rasa ini suatu kepincangan dalam sistem pendidikan. Ketika saya mengajar dulu, saya menggalakkan mereka membawa kamus, sebarang masalah saya minta mereka mencari sendiri ejaan yang betul dan maksudnya sekali. sebenarnya cara ini boleh mendidik mereka dalam problem solving, berusaha mencari sendiri, bukan disuap oleh guru. Tak mengapa, ini sekadar pandangan saya sahaja.
Jadi, adalah menjadi peranan ibu bapa di rumah untuk menggantikan guru sekolah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan