Sabtu, 28 Mei 2016

MINI Water Filter

4Stroke5 Bandar Baru Bangi: MINI Water Filter: Inginkan Penapis Air Yang Bersih & Murah? PERTAMA DI MALAYSIA!! Memang puas hati menggunakan MINI WATER FILTER   ini!! Fungsi...

4Stroke5 Bandar Baru Bangi: Gel Amani Penawar sakit lutut dan sendi

4Stroke5 Bandar Baru Bangi: Gel Amani Penawar sakit lutut dan sendi: Sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur. Ianya berpunca daripada berbagai sebab: Kecederaan, Sakit S...

Khamis, 22 Oktober 2015

PBS prog terburu-buru

Pemikir Muda SAMM menyelar kenyataan Datin Nawal Salleh, Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan yang menyalahkan guru-guru kononnya tidak memahami sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hujah ini sebenarnya menyerlahkan kelemahan KPM sendiri untuk memberikan kefahaman kepada semua guru berkaitan konsep perlaksanaan PBS. (SAMM)
Benar seperti kata admin SAMM. Memang ramai guru tidak faham. Seorang guru berpengalaman di Taiping, yang menjadi salah seorang tonggak sekolah bercerita tetnang kursus yang dihadirinya. Ceritanya ialah tentang fasilitator kursus. Dikatakan bahawa fasilitator sendiri tidak mempunyai kefahaman yang mantap tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Apakah tindakan guru-guru di peringkat perlaksanaan? Dijangkan berlainan sekolah akan melaksanakan perkara yang berbeza-beza. Inilah yang berlaku.
12109074_1171854909531867_4934305722786061794_n
Gambar hiasan (dari SAMM)

Kementerian pelajaran sejak dulu lagi banyak mengemukakan teori, falsafah, moto dan sebagainya yang dilihat sebagai gah tetapi tidak terlaksana. Sekarang PBS, sebelum ini kad rekod murid dan bermacam-macam lagi. Apakah kebaikannya? Apakah ianya menyumbang kepada dasar pendidikan negara? Ini pun satu cerita, apakah guru-guru benar-benar faham apa dia dasar pendidikan negara.
Jadi jika ada pandangan dan saranan supaya PBS dimansuhkan sahaja saya orang pertama yang menyokong, sebab, menyusahkan guru-guru.

Khamis, 28 Mei 2015

Sistem pendidikan kita menerima kritikan

Apa sudah terjadi dengan sistem pendidikan kita sehingga menerima kritikan. Baca di sini.

Khamis, 21 Mac 2013

Halatuju akademik

Hari ini mungkin menjadi sejarah buat sesetengah daripada calon-calon SPM. Ada yang mencipta sejarah manis, tidak kurang pula yang menjadi sejarah hitam, manakala sebahagian lagi tidak memberi apa-apa makna buatnya dan keluarganya.
Apabila hajat dan cita-citanya tercapai maka tercipta sejarah manis, diraikan bersama ahli keluarga, jika tidak akan menjadi sejarah hitam atau mungkin kelabu sahaja. Yang paling menarik ialah yang sebahagian lagi itu, apapun keputusan SPMnya, tidak menjadi apa-apa bagi diri dan keluarganya, lulus atau tidak, tidak diketahui untuk apa.
Yang pasti, hari ini akan dapat dilihat pelbagai reaksi muka calon-calon SPM 2012, suka, duka, kecewa, selamba. Ada dua cerita yang pernah saya dengar: pertama, seorang pelajar perempuan bersama ibunya menangis beriya, kerana mendpat keputusan 8A1 dan 1A2 kerana matlamatnya untuk mendapat 9A1; manakala yang kedua pula, seorang murid lelaki, selamba je, apabila ditanya guru kelasnya apakah keputusannya, jawabnya semuanya Lulus 8. Persoalannya, apakah rahsia yang terselindung di sebalik wajah anak murid ini?

Sabtu, 20 Oktober 2012

TV9 Berhati-hatilah

Seperti biasa hari ini Sabtu 20 Okt 2012, selepas berita jam 8.00 malam TV9 menunjukkan klip dua orang pemain gitar terlenggok-lenggok memetik gitar. Suatu yang negatif di lihat dari sudut pengaruhnya kepada generasi muda terutama anak-anak di sekolah rendah.
Misalnya, anak saudara saya seorang pelajar perempuan yang baru sahaja di Tingkatan 1, memberi tahu bahawa dia ingin mengambil kursus bermain gitar. Sebaik sahaja dia memeritahu saya, lantas teringat tentang klip yang saya maksudkan itu. Namun, saya tidak pula hendak mengatakan bahawa ini adalah kesan klip bekenaan, namun tidaklah mustahil.
Sebenarnya sudah lama saya perhatikan sambil mengharapkan agar semua pihak termasuk TV9 sendiri sedar kesan tidak baiknya.
Satu pertanyaan kepada pihak-pihak di TV9 itu, apakah tujuan dipaparkan klip tersebut. Jika iklan, iklan apa? Apakah itu sebagai moto TV9? Jika benar, inilah yang dikesalkan. Seolah-olah dah tidak ada elemen lain yang lebih baik, seperti elemen patriotik, kebangsaan, mahupun keagamaan dan sebagainya, yang boleh dijadikan moto. Di mana diletakkan Rukun Negara kita! Tidak adakah elemen darinya yang boleh digunakan? Tidak adakah pegawai yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti ini?
Cikgu-cikgu, apakah pandangan tuan-puan? Apakah cikgu lihat itu tidak jadi kudis dalam dunia pendidikan? Bagi saya ini memang tidak wajar sama sekali. Jadi kepada pihak pengurusan TV9, berhentikanlah segera klip ini.

Selasa, 16 Oktober 2012

Telur vs telor

Telur atau telor? Ini satu masalah yang sering kita jumpa dalam penulisan bahasa anak-anak didik kita. Ejaan yang simpel begini sepatutnya tidak berlaku lagi sekiranya anak-anak didik kita mempunyai kefahaman secara berformula. Sejak penggunaan ejaan baku dulu, ini yang menjadi masalah kerana kita sudah tidak mempunyai dua jenis e iaitu e biasa dan e pepet. Sebelum penggunaan bahasa baku dulu, tidak timbul masalah ini kerana antara e dengan e pepet itu memang mempunyai sebutan bunyi yang jelas, jadi untuk telur digunakan e pepet, manakala untuk telor digunakan e biasa. Sistem ejaan begini boleh diformulakan dengan membezakan antara kedua-dua e tersebut.
berbeza pula halnya dengan ejaan perabot, yang menghendaki murid kita mengingat, tidak boleh diformulakan. Misalnya, bagaimana guru hendak menjelaskan untuk ejaan cabut dengan perabot, sama ada hendak digunakan u atau o? Satu-satunya cara ialah dengan mengingat sahaja.
Saya pernah menjadi guru ganti di sekolah rendah, saya dapati anak-anak kita seperti tidak digalakkan mempunyai kamus. Jadi bila timbul masalah begini, mereka tidak ada sumber rujukan untuk mendapat ejaan yang betul, selain gurunya. Saya rasa ini suatu kepincangan dalam sistem pendidikan. Ketika saya mengajar dulu, saya menggalakkan mereka membawa kamus, sebarang masalah saya minta mereka mencari sendiri ejaan yang betul dan maksudnya sekali. sebenarnya cara ini boleh mendidik mereka dalam problem solving, berusaha mencari sendiri, bukan disuap oleh guru. Tak mengapa, ini sekadar pandangan saya sahaja.
Jadi, adalah menjadi peranan ibu bapa di rumah untuk menggantikan guru sekolah mereka.